FAQ

1. Saya merupakan staf akademik  dan berminat dalam program ini. Adakah saya dibolehkan menyertainya kerana dalam syarat penyertaan hanya ditulis “terbuka kepada semua wakil-wakil IPT”?
Audience utama kepada program ini adalah kebanyakannya pelajar-pelajar IPT. Walaubagaimanapun, Untuk semua penyertaan kita buka kepada pelajar atau ahli akademik.

2. Berapakah had atau maksimum bilangan penyertaan yang boleh kami hantar untuk setiap acara iaitu pembentangan lisan, poster dan fotografi?

Penyertaan dihantar adalah tidak dihadkan, namun untuk penyertaan pembentangan kertas kerja pihak kami akan meneliti semua permohonan pembentangan. Jika penyertaan terlalu banyak yang hendak membentang, maka pihak kami akan membuat pemilihan satu institutusi menghantar satu pembentangan. walaubagaimanapun pemilihan ini akan berdasarkan kepada ringkasan pembentangan yang perlu dihantar lebih awal kepada urusetia.

3. Sekiranya dalam pembentangan lisan disebut “secara individu atau berkumpulan”, berapa had ahli berkumpulan?
Dalam brosur tidak dinyatakan had ahli dalam sesebuah kumpulan. maka tiada had. namun pihak tuan mungkin boleh mengagak berapa yang sepatutnya ahli yang akan buat pembentangan lantaran masa yang diberikan hanya 15 minit sahaja.

4. Dalam “pembentangan lisan”, disyaratkan menggunakan “slide power point”. Adakah ini bermaksud perisian-perisian lain, termasuk konsep video dll tidak boleh digunakan?
Medium utama pembentangan adalah menggunakan Powerpoint. namun boleh juga memasukkan element video dan penggunaan perisian lain asalkan ia dapat dipaparkan di dalam notebook kami yang mempunyai spesifikasi yang standard. Kita takut banyak aplikasi yang tidak boleh di support. kami hanya concern dari segi limitasi teknikal notebook yang akan kami sediakan.

5. Bolehkah saya dapatkan borang pemarkahan yang akan digunakan bagi membolehkan persediaan yang rapi dibuat?
Maaf pihak kami tidak boleh memberikan borang penghakiman juri. Walaubagaimanapun, Seperti dalam syarat pertandingan:

a. aspek Kandungan(60 %) – merupakan aspek penting yang akan melihat kandungan/inisiatif kelestarian/usaha menyelesaikan masalah persekitaran
b. Kreativiti dan inovasi (30%) – melihat bagaimana usaha/inisiatif etc dijalankan dalam kaedah yang menarik/baru/jarang dilaksanakan/berkesan etc
c. Kaedah Penyampaian (10%) – melihat kepada kaedah penyampaian oleh pembentang.

6. Adakah sekiranya kami menyertai pertandingan poster dan fotografi, kami akan diberikan ruang pamerah (booth)? Jika ya, apakah saiznya dan peralatan lain yang dibekalkan? Misalnya meja, kerusi dll?
Pada awalnya, ruang pameran booth adalah untuk organisasi kerajaan/swasta dan NGO atau mana-mana organisasi yang dijemput untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang usaha/kesedaran/amalan kelestarian. Walaubagaimanapun jika pihak Tuan ingin membuka pameran, pihak Tuan boleh memohon kepada kami dan kami boleh aturkan selagi ruang pameran ini tidak dipenuhi. Saiz ruang pameran adalah 10 kaki x 10 kaki dengan sebuah meja dan kerusi. Jika perlu lebih , boleh maklum kepada urusetia untuk pertimbangan.

Leave a comment