Pengisian Program

Program ini melibatkan perkongsian maklumat dikalangan wakil-wakil pelajar dari IPT Awam dan Swasta dalam pelbagai aspek seperti konsep, amalan dan proses dalam melestarikan persekitaran kampus sama ada yang akan, sedang dan telah dilaksanakan. Berikut adalah perincian pengisian program KKL2012:

1. Pembentangan lisan
Pembentangan lisan/ Kertas kerja selama 15 minit yang boleh melibatkan wakil-wakil pelajar dan juga wakil organisasi kerajaan, swasta dan NGO. Skop Pembentangan adalah meliputi pelbagai aspek amalan kelestarian di kampus sama ada dalam perancangan ataupun sedang dijalankan. Pembentangan ini dipertandingkan dan diadili oleh panel juri.

2. Pertandingan Fotografi
Pertandingan fotografi yang bertemakan “Kelestarian Alam Semulajadi”.

3. Pertandingan Poster
Poster yang memaparkan konsep, proses dan amalan kelestarian yang dilaksanakan di kampus

Klik disini untuk syarat pertandingan.

Leave a comment