Pengenalan

Konvensyen Kampus Lestari 2012 merupakan platform perkongsian idea di kalangan warga kampus Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam berkaitan dengan kaedah untuk melestarikan kampus.Program ini juga merupakan platform pertemuan wakil-wakil IPT serta pakar-pakar bidang pengurusan alam sekitar dalam berkongsi idea dan memberi input kepada pelajar berkenaan dengan kaedah yang sesuai dalam mempraktikan amalan kelestarian di kampus masing-masing. Program ini dijalankan juga dalam bentuk pembentangan kertas kerja dari kalangan pakar-pakar, pelajar dan juga NGO. Disamping itu sempena program ini menyediakan platform pameran inisiatif-inisiatif semasa berkenaan pemeliharaan alam sekitar oleh wakil-wakil peserta dan agensi berkaitan.

Objektif penganjuran KKL2012 adalah untuk:

  1. Memupuk dan mengukuhkan kesedaran memelihara dan memulihara alam sekitar.
  2. Mendedahkan kepada pelajar pendekatan-pendekatan berguna dan terkini tentang aspek pengurusan ekosistem lestari.
  3. Mempertingkatkan usaha IPTA dan IPTS dalam melestarikan kampus terutamanya di kalangan

Leave a comment